Rabu, 05 Desember 2012

10. Istiqamah


10. Istiqamah قم حيث اقامك الله Menetaplah dimana Allah menempatkanmu. الاستقامة ثورث الكرامة Istiqamah akan menghasilkan karamah (kemulyaan). كن صاحب الاستقامة، لا طالب الكرامة، فإن نفسك متحركة في طلب الكرامة، وربُّك عز وجلّ، يطالبك بالاستقامة( أبو علي الجوزجائي) Jadilah engkau pemilik istiqamah, karena nafsumu bergerak mencari/menginginkan karamah, sementara Tuhanmu memenginginkanmu pada keistiqamahanmu. MOTIVASI Dahulu ada seorang guru tua yang tekun mengajar anak-anak muridnya saban hari. Berbekalkan papan hitam lusuh dan batang-batang kapur, dia mengajar penuh tulus agar anak-anak didiknya mengenal ilmu. Satu hari, tibalah satu berita seorang guru lain datang mengajar di hujung kampung yang begitu hebat orangnya. Disaksikan sendiri oleh orang kampung, guru tersebut mampu berjalan di atas air. Maka kagumlah semua yang melihat dan tersebarlah berita tentang guru yang hebat itu. Kerana itu, ramailah yang mahu berguru dengan beliau. Semakin hari semakin bertambah muridnya. Ramai pula yang berhenti belajar dengan guru tua yang tekun itu untuk menuntut dengan guru yang hebat tersebut. Tinggal beberapa kerat sahaja yang masih mahu belajar dengan guru tua tersebut. Guru tua terus tekun mengajar seperti biasa. Meneruskan tugasnya sebagai pendidik bangsa. Sehinggalah satu hari, seorang muridnya berkata, "Wahai guruku yang aku hormati. Aku berasa amat malu saat ini kerana engkau dibanding-bandingkan dengan seorang guru di hujung kampung yang dikatakan begitu hebat orangnya. Tidakkah engkau punya sesuatu untuk ditunjukkan kepada kami?" Guru tua tersebut berhenti menulis di papan hitam, dia memandang kearah anak muridnya itu, "Malukah engkau berguru dengan aku?" "Aku juga mahu punya guru yang hebat untuk mengajar aku. Tidakkah kau tahu, guru di hujung kampung itu boleh berjalan di atas air? Tidakkah kau melihat?" Guru tua itu menanggalkan kacamatanya. Dia duduk di bangku melepaskan nafas yang memberat. "Muridku, itulah kita manusia mudah sahaja teruja dengan perkara luarbiasa. Mudah mengikut apa yang ajaib sedang yang ajaib itu belum tentu benar dan baik." "Hari ini aku terhiris dengan kata-katamu, muridku. Pergilah engkau berguru dengan guru pilihanmu itu." Guru tua itu mencampakkan sebatang kapur ke arah papan hitam. Dengan tiba-tiba kapur itu bergerak sendiri dan kembali menulis pelajaran yang terhenti sebentar tadi. Tergamam pelajar-pelajar yang ada di dalam kelas itu melihatnya. "Aku sudah berpuluh tahun tulus mengajar kamu, tanpa ada seorang pun melihat itu sesuatu yang ajaib". Guru itu keluar dari kelas, dan menghilang selama-lamanya. KATA-KATA BIJAK Istiqamah yg paling pokok ialah istiqamahnya hati. Jika hati seorang hamba istiqamah maka anggota badan yang lain pun akan istiqamah. Diriwayatkan dari shahabat Anas radhiyallaahu ‘anhu secara marfu’, “Tidak akan istiqamah (dengan sempurna, pent) keimanan seorang hamba sampai hatinya istiqamah, dan hati seorang hamba tidak akan istiqamah sampai lisannya bisa istiqamah.” (HR. Ahmad).

0 Responses to “10. Istiqamah”

Posting Komentar